Aku Manusia

Foto Saya
-manusia abnormal -peminat haiku yang dah ditranslate bm -selamanya budak yang masih belajar -tiada penyakit yang berkaitan krim hydrocortisone -dan kadang geek -sekian.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Jurnal IV

Hari Isnin ni aku dah start kelas, dan memanglah line kat tempat aku belajar tu sangat laju untuk aku update blog. Sebenarnya aku punya laptop rosak. Dan baru je elok. Ok . Aku tahu ini alasan paling annoying bila update blog lambat.  Aku ada dua,tiga cerpen dan beberapa puisi sampah untuk aku publish but still aku rasa sangat malas untuk cucuk pendrive etc.etc. dan tempek benda tu kat sini. Mungkin dalam masa beberapa hari, mungkin minggu atau tak mustahil untuk beberapa bulan lagi aku akan publish karya aku yang seterusnya.

…………………bunyi angin bertiup dan daun bergesel serta cengkerik(?)………………………

Cukup. aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa.

Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.

 Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us.

Khamis, 14 Mac 2013

Jurnal III

Memang piala atau trofi itu murah, malah mungkin tiada harga, tapi itu bukti menunjukkan yang kita pernah berjaya.

Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.

 Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us.

Rabu, 13 Mac 2013

Jurnal II

tumblr.com

Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.

 Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us.

Isnin, 11 Mac 2013

Jurnal I

Akan ada satu masa, hati kamu menangis insaf dengan hanya melihat sejadah dan Quran. Ketika itu , bersyukurlah, kerana kamu sedar yang kamu masih punya Tuhan.

Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan)kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” 
                                                                                       As Syams : 8 – 10.

Seungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah(menyebut sifat-sifat yang mengagungkan dan memuliakan-Nya), gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah(kuat)imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal. 

                      Al Anfal : 2.

 Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.

 Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us.

Ahad, 10 Mac 2013

Campak III

Bila rasa sakit itu tidak boleh dikongsi,
rasanya perit,
luka yang sedikit ,
boleh jadi barah yang membunuh,
Jangan tipu,
kalau pisau digores pada satu tubuh itu,
tubuh itu sahaja yang terasa sakit,
Mungkin, Mungkinlah,
tubuh yang lain akan terasa perit,
tetapi, apalah sangat jika hendak dibandingkan
dengan pedih tubuh yang digores itu,
Jadi, sendiri boleh fikir,
luka itu akan terasa lebih perit,sakit dan pedih
jika hanya berseorang dalam menghadapinya.

Mahu salin lekat? Ambil. Tidak perlu dikredit ke aku. Cuma jangan katakan campakan fikiran ini kamu punya.Itu salah.
Kamu tahu apa itu PLAGIARISME?
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka.Edisi Keempat.
Muka Surat 1217.
Bahagian Kanan
Perkataan No 14.

Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.

Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us.

Ahad, 3 Mac 2013

Campak II

Biarkan nyanyian itu,
mendayu-dayu,
biarkan dia melagukan, mengalunkan
kata-kata rindu,
biarkan ia,
menyanyi disitu,
menebarkan melodi-melodi usang,
yang kadang-kadang menyesakkan dada,
dan menyakitkan telinga,
biarkan ia berlagu sesuka rasa,
mengapa begitu?
kerana,setelah ia lelah,
kerana, setelah ia penat,
pastinya,
nyanyian itu akan berhenti.

Mahu salin lekat? Ambil. Tidak perlu dikredit ke aku. Cuma jangan katakan campakan fikiran ini kamu punya.Itu salah.
Kamu tahu apa itu PLAGIARISME?
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka.Edisi Keempat.
Muka Surat 1217.
Bahagian Kanan
Perkataan No 14.

Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.

Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us. 

Sabtu, 2 Mac 2013

Campak I

Kamu pernah tidak dipeduli?
Dengan sekumpulan manusia yang tak mengenang budi,
Jangan pernah marah atau membenci.,
mungkin  salah kamu sendiri,
yang punya ego terlalu tinggi,
walaupun rasa itu sakit dan perit
jangan pernah merasa sedih dan kecewa,
kerana kamu tahu..
itu kamu yang tak berpura-pura..
turunkan egomu..
dan berbangggalah!
Itu kamu! 
Yang menjadi diri sendiri!