Assalamualaikum,
Aku sebenarnya tak tahu nak mula ayat macam mana, dan ya,aku
tahu, pengenalan yang aku buat ini sangat tipikal. Tapi tak kisahlakan? Asal maksud
aku sampai.
Nama
Macam kamu semua tengok dekat profile, Si Antagonis. Itulah aku. Kenapa?? Sebab
aku rasa aku jahat. Tak, aku tak bermaksud jahat aku sampai membunuh. Sila buang
itu dalam otak suci kamu. Kebanyakan orang sangat takut dengan perkataan
jahat(macam dia baik sangat). Bila jahat, semua tunjuk manusia yang duduk dalam
bilik besi. Tak. Itu sangat tipikal.
Maksud jahat aku dekat sini , aku suka fikirkan perkara yang buruk-buruk. Maksudnya
aku jarang bersikap positif. Dan ya, aku seorang yang dingin. Kadang-kadang aku
juga boleh menjadi seorang yang sinisme. Manusia kan?Tapi tak mengapa. Mungkin
kamu boleh bergaul dengan aku untuk meng-tong-sampah-kan perangai hitam aku tu?
Aku sebenarnya sangat tidak gemar dengan perkara yang
tipikal. Ambil contoh mudah. Kalau kamu kerja, kamu pakai sut-untuk lelaki, dan
perempuan pakaian formal( well, aku tak tahu sangat, selain baju kurung.).Aku tanya
kamu, kamu pakai sut tu dengan kasut yang berjenama siap berkiwi hitam
berkilat. Right? Aku rasa lagi better kalau pakai dengan sneaker? Baju kurung
pakai supra pun cool.
Maksud aku dekat sini, aku tak suka benda yang dalam kotak.aku suka
manusia yang berfikir luar kotak .dan
aku harap aku tak berfikir dalam kotak.Aku lah. Kamu, aku tak tahu..itu
pendapat aku, pendapat kamu,aku tak tahu. Dan aku pun tak pasti contoh aku kena tak dengan apa yang aku nak sampaikan.
Motif blog.
Sebenarnya aku suka menulis cerpen dan puisi. Ramai yang kata aku jiwang. Ya. Mereka yang belum baca puisi aku akan kata
begitu. Tapi mereka yang membacanya,akan kata aku psycho. Bagi aku. Itu puisi
tepi longkang.Yang mostly orang tak pandang. Muntahan dari minda yang diluar kawalan. Puisi aku. Cara aku. Dan
aku tak berapa gemar dengan orang yang mengutuk. Aku jelaskan disini KUTUK
bukan komen, puisi orang lain. Puisi itu seni. Seni itu luas. Dan seni itu apa
yang diinterpretasikan oleh sesorang. Seni itu luas dan bebas. Oh ya. Kalau kamu Islam- there’s no such thing as
‘wrongs’ in arts,provided that Islam is given.
Jadi blog, aku gunakan sebagai medium untuk aku muntahkan
isi kepala otak aku. Heh. Tipikal? Pedulikan. Aku tak suka benda yang
terkongkong,atau berformat atau apa-apa yang berkaitan dateline. Maksud aku ,
mungkin bila mana isi kepala aku dah penuh baru aku muntahkan dekat sini. Jadi mungkin
dalam sebulan 3 atau 4 kali saja aku lekatkan cerpen atau puisi aku.insyaAllah
novel. Jadi tak perlulah menunggu update terbaru aku. Dan aku pun tak harap ada
orang yang tunggu aku update. Sebab apa? Sebab aku memang suka begitu.
Feedback?
Ya,aku sangat mengharapkan feedback dari kamu.Tak kiralah kamu tersesat,atau
hanya musafir di blog sampah aku ini, aku harap kamu dapat beri komen yang
membina. Mengutuk? Boleh. Aku boleh menapis komen kamu.ambil yang baik , dan
meng-tong-sampahkan yang buruk. Mungkin aku perlu tambah tong sampah? Heh.
Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca repekan pengenalan
aku yang tipikal ini. Terima kasih.
Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us.