Aku Manusia

Foto saya
-manusia abnormal -peminat haiku yang dah ditranslate bm -selamanya budak yang masih belajar -tiada penyakit yang berkaitan krim hydrocortisone -dan kadang geek -sekian.

Ahad, 3 Mac 2013

Campak II


Biarkan nyanyian itu,
mendayu-dayu,
biarkan dia melagukan, mengalunkan
kata-kata rindu,
biarkan ia,
menyanyi disitu,
menebarkan melodi-melodi usang,
yang kadang-kadang menyesakkan dada,
dan menyakitkan telinga,
biarkan ia berlagu sesuka rasa,
mengapa begitu?
kerana,setelah ia lelah,
kerana, setelah ia penat,
pastinya,
nyanyian itu akan berhenti.

Mahu salin lekat? Ambil. Tidak perlu dikredit ke aku. Cuma jangan katakan campakan fikiran ini kamu punya.Itu salah.
Kamu tahu apa itu PLAGIARISME?
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka.Edisi Keempat.
Muka Surat 1217.
Bahagian Kanan
Perkataan No 14.

Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.

Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan