Aku Manusia

Foto saya
-manusia abnormal -peminat haiku yang dah ditranslate bm -selamanya budak yang masih belajar -tiada penyakit yang berkaitan krim hydrocortisone -dan kadang geek -sekian.

Khamis, 14 Mac 2013

Jurnal III

Memang piala atau trofi itu murah, malah mungkin tiada harga, tapi itu bukti menunjukkan yang kita pernah berjaya.




Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.

 Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us.

Rabu, 13 Mac 2013

Jurnal II

tumblr.com



Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.

 Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us.

Isnin, 11 Mac 2013

Jurnal I

Akan ada satu masa, hati kamu menangis insaf dengan hanya melihat sejadah dan Quran. Ketika itu , bersyukurlah, kerana kamu sedar yang kamu masih punya Tuhan.


Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan)kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” 
                                                                                       As Syams : 8 – 10.


Seungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah(menyebut sifat-sifat yang mengagungkan dan memuliakan-Nya), gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah(kuat)imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal. 

                      Al Anfal : 2.

 Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.

 Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us.

Ahad, 10 Mac 2013

Campak III


Bila rasa sakit itu tidak boleh dikongsi,
rasanya perit,
luka yang sedikit ,
boleh jadi barah yang membunuh,
Jangan tipu,
kalau pisau digores pada satu tubuh itu,
tubuh itu sahaja yang terasa sakit,
Mungkin, Mungkinlah,
tubuh yang lain akan terasa perit,
tetapi, apalah sangat jika hendak dibandingkan
dengan pedih tubuh yang digores itu,
Jadi, sendiri boleh fikir,
luka itu akan terasa lebih perit,sakit dan pedih
jika hanya berseorang dalam menghadapinya.

Mahu salin lekat? Ambil. Tidak perlu dikredit ke aku. Cuma jangan katakan campakan fikiran ini kamu punya.Itu salah.
Kamu tahu apa itu PLAGIARISME?
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka.Edisi Keempat.
Muka Surat 1217.
Bahagian Kanan
Perkataan No 14.


Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.

Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us.

Ahad, 3 Mac 2013

Campak II


Biarkan nyanyian itu,
mendayu-dayu,
biarkan dia melagukan, mengalunkan
kata-kata rindu,
biarkan ia,
menyanyi disitu,
menebarkan melodi-melodi usang,
yang kadang-kadang menyesakkan dada,
dan menyakitkan telinga,
biarkan ia berlagu sesuka rasa,
mengapa begitu?
kerana,setelah ia lelah,
kerana, setelah ia penat,
pastinya,
nyanyian itu akan berhenti.

Mahu salin lekat? Ambil. Tidak perlu dikredit ke aku. Cuma jangan katakan campakan fikiran ini kamu punya.Itu salah.
Kamu tahu apa itu PLAGIARISME?
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka.Edisi Keempat.
Muka Surat 1217.
Bahagian Kanan
Perkataan No 14.

Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.

Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us. 

Sabtu, 2 Mac 2013

Campak I


Kamu pernah tidak dipeduli?
Dengan sekumpulan manusia yang tak mengenang budi,
Jangan pernah marah atau membenci.,
mungkin  salah kamu sendiri,
yang punya ego terlalu tinggi,
walaupun rasa itu sakit dan perit
jangan pernah merasa sedih dan kecewa,
kerana kamu tahu..
itu kamu yang tak berpura-pura..
turunkan egomu..
dan berbangggalah!
Itu kamu! 
Yang menjadi diri sendiri!

Mahu salin lekat? Ambil. Tidak perlu dikredit ke aku. Cuma jangan katakan campakan fikiran ini kamu punya.Itu salah.
Kamu tahu apa itu PLAGIARISME?
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka.Edisi Keempat.
Muka Surat 1217.
Bahagian Kanan
Perkataan No 14.


Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca.
 
Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us. 

Jumaat, 1 Mac 2013

Pengenalan. Yang tipikal?


Assalamualaikum,

Aku sebenarnya tak tahu nak mula ayat macam mana, dan ya,aku tahu, pengenalan yang aku buat ini sangat tipikal. Tapi tak kisahlakan? Asal maksud aku sampai.

Nama
Macam kamu semua tengok dekat profile, Si Antagonis. Itulah aku. Kenapa?? Sebab aku rasa aku jahat. Tak, aku tak bermaksud jahat aku sampai membunuh. Sila buang itu dalam otak suci kamu. Kebanyakan orang sangat takut dengan perkataan jahat(macam dia baik sangat). Bila jahat, semua tunjuk manusia yang duduk dalam bilik besi. Tak. Itu sangat tipikal.

Maksud jahat aku dekat sini , aku suka fikirkan perkara yang buruk-buruk. Maksudnya aku jarang bersikap positif. Dan ya, aku seorang yang dingin. Kadang-kadang aku juga boleh menjadi seorang yang sinisme. Manusia kan?Tapi tak mengapa. Mungkin kamu boleh bergaul dengan aku untuk meng-tong-sampah-kan perangai hitam aku tu?

Aku sebenarnya sangat tidak gemar dengan perkara yang tipikal. Ambil contoh mudah. Kalau kamu kerja, kamu pakai sut-untuk lelaki, dan perempuan pakaian formal( well, aku tak tahu sangat, selain baju kurung.).Aku tanya kamu, kamu pakai sut tu dengan kasut yang berjenama siap berkiwi hitam berkilat. Right? Aku rasa lagi better kalau pakai dengan sneaker? Baju kurung pakai supra pun cool.
Maksud aku dekat sini,  aku tak suka benda yang dalam kotak.aku suka manusia yang berfikir  luar kotak .dan aku harap aku tak berfikir dalam kotak.Aku lah. Kamu, aku tak tahu..itu pendapat aku, pendapat kamu,aku tak tahu. Dan aku pun tak pasti contoh aku  kena tak dengan apa yang aku nak sampaikan.

Motif blog.
Sebenarnya aku suka menulis cerpen dan puisi. Ramai yang kata aku jiwang. Ya.  Mereka yang belum baca puisi aku akan kata begitu. Tapi mereka yang membacanya,akan kata aku psycho. Bagi aku. Itu puisi tepi longkang.Yang mostly orang tak pandang. Muntahan dari minda yang diluar kawalan. Puisi aku. Cara aku. Dan aku tak berapa gemar dengan orang yang mengutuk. Aku jelaskan disini KUTUK bukan komen, puisi orang lain. Puisi itu seni. Seni itu luas. Dan seni itu apa yang diinterpretasikan oleh sesorang. Seni itu luas dan bebas. Oh  ya. Kalau kamu Islam- there’s no such thing as ‘wrongs’ in arts,provided that Islam is given.

Jadi blog, aku gunakan sebagai medium untuk aku muntahkan isi kepala otak aku. Heh. Tipikal? Pedulikan. Aku tak suka benda yang terkongkong,atau berformat atau apa-apa yang berkaitan dateline. Maksud aku , mungkin bila mana isi kepala aku dah penuh baru aku muntahkan dekat sini. Jadi mungkin dalam sebulan 3 atau 4 kali saja aku lekatkan cerpen atau puisi aku.insyaAllah novel. Jadi tak perlulah menunggu update terbaru aku. Dan aku pun tak harap ada orang yang tunggu aku update. Sebab apa? Sebab aku memang suka begitu.

Feedback?
Ya,aku sangat mengharapkan feedback dari kamu.Tak kiralah kamu tersesat,atau hanya musafir di blog sampah aku ini, aku harap kamu dapat beri komen yang membina. Mengutuk? Boleh. Aku boleh menapis komen kamu.ambil yang baik , dan meng-tong-sampahkan yang buruk. Mungkin aku perlu tambah tong sampah? Heh.

Terima kasih bagi yang menggagahkan diri membaca repekan pengenalan aku yang tipikal ini. Terima kasih.
Sampai aku menulis lagi. May Allah Bless Us.